Monday, August 10, 2009

Amalan-Amalan Al-Arqam/Rufaqa' (1)

Doa menunggu Sembahyang Fardhu dan Doa Elak Penyakit Berjangkit:



Doa Minta Ampun dan Doa Dalam Sujud Terakhir:



Doa Selepas Sembahyang Fardhu (ini dilakukan dengan dilagukan oleh seorang pembaca kemudian diaminkan oleh para makmum):



3 comments:

Keris said...

Salam.

Sila terangkan,

adakah setiap amalan doa di atas yang diamalkan oleh Muslimin adalah sesat?

jika sesat apakah kesesatan itu, sila buktikan.

atau anda hanya pencetus Fitnah.

Admin said...

w'salam

Doa sifatnya adalah Tauqifiyyah iaitu terhenti (yakni tidak boleh buat) sehingga adanya dalil.

Sabda Rasulullah: "Doa itu adalah ibadah." (HR. Tirmizi)

Oleh itu, menurut kaedah fiqh mengatakan "Semua ibadah terbatal (jika dilakukan), sehingga adanya dalil."

Sabda Rasulullah juga: “Barangsiapa mengerjakan amalan (ibadat) tanpa ada dasar daripada perintah kami, maka ia di tolak” [Hadis Riwayat Muslim, No: 1718]

Zikir-zikir mereka tersebut tidak pernah ada diamalkan oleh Nabi mahupun sahabat mahupun tabi'in, begitu juga ulama-ulama salaf. Buktinya lihatlah kitab Al-Azkar Imam Nawawi yang sekian banyaknya zikir-zikir harian sehari semalam dikumpulkan oleh beliau, namun tidak terdapat zikir-zikir yang dibacakan oleh pengikut Al-Arqam tersebut.

Sebagai contoh amalan tidak boleh ada penambahan saya berikan contoh peristiwa seorang sahabat yg cuba mengubah zikir yg diajarkan Nabi, namun nabi melarang perbuatan tersebut.

Diriwayatkan oleh al-Barra’ bin ‘Azib r.a, di mana beliau telah berkata:

“Rasulullah s.a.w bersabda : “Jika engkau memasuki tempat tidurmu, berwuduklah seperti wuduk ketika ingin mengerjakan solat. Kemudian berbaring ke sebelah kanan sambil membaca: “Ya Allah, aku serahkan diriku kepada-Mu dan aku tundukkan wajahku kepada-Mu. Aku tundukkan wajahku kepada-Mu dan aku serahkan urusanku kepada-Mu. Aku sandarkan tulang belakangku kepada-Mu kerana berharap dan takut kepada-Mu. Tiada tempat sandaran dan tempat keselamatan melainkan kepada-Mu. Ya Allah, aku beriman kepada kitab suci-Mu yang telah Engkau turunkan dan Nabi-Mu yang telah Engkau utuskan” Sambung baginda lagi: “Jika engkau meninggal dunia pada malam itu, engku berada dalam keadaan fitrah suci dan jadikanlah doa itu sebagai akhir perkataanmu.

Al-Barra’ berkata: “Kemudian aku membacanya di hadapan Nabi s.a.w. Apabila tiba pada perkataan: “ Ya Allah aku beriman kepada kitab suci-Mu yang telah Engkau turunkan …” aku (telah mengubah lafaz ‘Nabi-Mu’ lalu) menyebut “dan Rasul-Mu” baginda bersabda: “Jangan engkau baca seperti itu (yakni lafaz ‘Rasul-Mu’), tetapi bacalah “dan Nabi-Mu yang telah Engkau utuskan” (Hadis riwayat al-Bukhari (bersama Fath al-Baari) jld. 1, ms. 357 - hadis no: 247 dan Muslim - hadis no: 2710)

Al-Mubarakfuri r.h menerusi kitabnya yang bertajuk Tuhfah al-Qahwazi mengatakan:

“ Para ulama’ telah mengemukakan beberapa alasan menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w melarang mengubah doa yang diajar oleh Baginda daripada “nabiyyika” (dan Nabi-Mu) kepada “warasulika” (dan Rasul-MU). Al-Hafiz Ibn Hajar r.h berkata bahawa alasan utamanya ialah kerana bacaan zikir adalah bersifat taufiqiyah (berdasarkan petunjuk wahyu). Ia tidak boleh disamakan antara satu sama lain.




Oleh itu, wajib membacanya seperti lafaz yang sedia ada. Ini adalah pendapat yang dipilih oleh al-Mundziri. Beliau berkata bahawa seseorang mesti membaca setiap huruf dalam zikir seperti yang diriwayatkan. Ada kalanya pahala bacaan itu berkait dengan huruf-huruf itu. Mungkin baginda menerima wahyu yang memerintahkan agar membaca doa dan zikir itu. Jadi, wajib membacanya mengikut apa yang diriwayatkan.”

Wallahua'lam

Admin said...

Walaubagaimana pun kita doakan agar mereka kembali kepangkal jalan. Namun pendedahan kesalahan mereka ini tidak boleh di diamkan kerana ia akan menyebabkan, orang lain yang tidak tahu apa-apa tentang kesesatan mereka, akan mengikuti mereka.

Sebagai tambahan berkenaan amalan mereka, sila baca posting saya yang bertajuk: AURAD MUHAMMADIAH

linknya: http://pegangan-rufaqa.blogspot.com/2008/11/aurad-muhammadiah.html

Sekian.